Thursday, August 19, 2010

Tadarus Al-Quran

Bulan Ramadhan memberi pengertian yang mulia buat umat islam. Dalam setahun cuma hanya satu bulan yang dianggap bulan pemberi rahmat. Umat Islam digalakkan untuk mengerjakan ibadah sunat yang lain contoh solat sunat Tarawih, solat sunat tahajjud, zikir dan sebagainya.

Sudah pasti dalam bulan ini juga kita tidak lupa untuk membaca Al-Quran atau bertadarus. Satu ayat yang kita baca maka Allah akan melipat gandakan pahala amalan kita. Begitu jika kita beribadat seperti ibadat sunat yang lainnya. Membaca sahaja tidak mencukup kalau kite tidak memahami maksud sebenar ayat yang diturunkan. Membaca tanpa memahami merupakan kerugian yang besar kepada umat Islam.

Justerus itu, kita hendaklah memahami maksud yang tersirat di dalam Al-Quran. Bukanlah maksud sebenar Al-Quran itu diturun untuk dibaca semata tetapi untuk difahami dan dihayati maksudnya serta mengamalkan apa yg disuruh dan menjauhi dilarang.

No comments:

Post a Comment